Friday, December 18, 2009

Tanaman Baru MyAgrosoil dan Aktiviti Fasa-2


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Hari ini, awal muharram bagaikan rahmat bagi kami kerana ia menggambarkan seribu makna bagi MyAgrosoil. Ini sejajar dengan matlamat kami iaitu untuk "berhijrah" dengan satu tanaman baru yang juga baru bagi kami iatu timun. Kami telah mula menanam timun sejak selesainya musim tuaian cili yang pertama dan alhamdulillah, sekarang telah mula nampak hasilnya:


Tujuan utama kami menanam timun adalah untuk cover operating expenses yang agak berat bagi kami yang baru memulakan tanaman fertigasi ini. Tanaman adalah sebanyak 1500 pokok dan bakal dikembangkan ke 2000 pokok. Hasil dari tanaman timun ini akan disalurkan seratus peratus untuk operating costs bulanan ladang kami iaitu:

Sewa tanah: RM 300
Gaji Pekerja: RM 600
Baja: RM 400 (anggaran)
MISC: RM 200

Ladang yang dahulunya Merah, telah mula bertukar Kekuningan
Sekiranya ada lebihan hasil, ia akan digunakan untuk penambah-baikan ladang kami. Untuk makluman umum juga, kami telah menamatkan kontrak pekerja kami yang lepas iaitu Pian dan Boy. Kami telah mengambil seorang sahaja pekerja baru iaitu Pak Rahman yang lebih berpengalaman mengendalikan ladang-ladang tani dari Seberang. Bagi kerja-kerja pembersihan pokok cili yang telah mati dan kerja2 development untuk fasa-2, kami telah mengambil pekerja contract (dibayar ikut hari) kepada lepasan SPM. Ini telah menjimatkan kami sedikit sebanyak dan telah memberi pengalaman berharga kepada mereka selain memberi side-income sementara menunggu result.


Kriteria pemilihan tanaman timun ini adalah berdasarkan betapa mudahnya untuk menanam timun. Ia juga sukar diserang penyakit, dan cepat berbuah. Pada musim hujan, lagi cepat lah ia berbuah. Ia juga hanya boleh di tuai selama 40 hari sahaja dan perlu diganti dengan pokok baru secepat mungkin.




Hasil timun yang telahpun kami jual. Mudah nak jual timun ni.

Namun, kami tetap meneruskan jua penanaman cili kerana ia tetap panas, dan merupakan sumber pendapatan kami.

Sedikit sebanyak info tentang fasa 2:
Tanaman: Cili
Jumlah Pokok bakal ditanam: 6000 pkk

Pokok cili musim satu telahpun siap dimusnahkan oleh skuad lepasan SPM kami. Kepada sesiapa yang berminat, masih boleh apply. Call saja nombor yang tertera di blog. Bole buat side income.

Kerja-kerja expansion sedang giat berlaku sekarang.





Ini tanah yang masih dara. Kami masih lagi memikirkan, apa yang boleh kami diversify kan disini. (udang galah perhaps?)
Sekian dari kami. MyAgrosoil.


Sedikit Rumusan Jualan Musim Pertama

Ya..kami masih ada. Masih berjuang untuk memartabatkan industri pertanian negara. Sudah lama kami tidak blogging kerana sibuk untuk ke fasa-2, memusnahkan pokok2 lama dan concentrate dengan tanaman baru. Tanaman apa? Tunggu post selepas ini.
Namun, berikut adalah sedikit rumusan syarikat kami bagi musim pertama kami merangkak di dunia pertanian ini:

Fasa : 1
Period : 3 Bulan keluar hasil
Bilangan Pokok : 2000 pokok
Bilangan Pokok yang betul-betul mengeluarkan hasil : 1400 pokok
Berat Cili Yang dijual: 2 tan
Average Harga Jualan : RM 5 / kg

Sekian.

Monday, October 19, 2009

Aktiviti Minggu Terakhir Syawal


Berikut adalah beberapa gambar hasil cili ladang kami di minggu terakhir Syawal. Kebanyakan cili-cili tersebut dihantar ke pasar borong selayang, ke brader Ahmad, pemborong setia kami yang baharu.

Hasil yang menggunung ..alhamdulillah..:

Jika sudah berkapasaiti 6000 pokok nanti, kami berhasrat untuk membeli freezer sebagai tempat simpanan...jika tidak, tentu tiada tempat...

Sebelum berangkat ke pasar untuk memenuhi kehendak pasaran semasa..


Kereta dipenuhi order..seat depan dan belakang pun ada tu..
Gambar beberapa pemborong di Pasar Borong Selayang...lubuk emas terbaharu kami:

Selingan, ini adalah gambar terbaharu rumah pekerja kami. Sekarang ini didiami Boy dan Pian. InsyaAllah, bulan November nanti, seorang staff baru akan kami ambil, untuk memenuhi keperluan semasa ladang ini yang akan dikembangkan lagi.

Sekian..

Tuesday, October 13, 2009

Update Ladang MyAgrosoil Post Raya...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Maaf dari pihak kami kerana sudah lama menyepi dari memaparkan perkembangan ladang kami. Sebenarnya, blog kami lama tidak berbunyi kerana bulan ramadhan dan bulan raya yang sememangnya sibuk.
Ladang kami juga sebelum ini sedang bersiap sedia untuk menjual seberapa banyak cili yang ada sebelum 1 syawal yang lepas kerana cuti raya.
Berikut di paparkan beberapa gambar aktiviti sebelum raya yang lepas:


Pokok cili sebelum raya

Keadaan cili pada bulan kedua...masih segar dan besar...


Cili dikumpulkan sebanyak mungkin sebelum cuti raya...

Projek terbaru ladang kami, pokok dragon fruit atas ihsan pemberian bapa mertua Syed..pokok ini ditanam di sekitar pintu masuk ladang.

Sebelum raya, kami juga telah dibantu oleh kakak-kakak Jajie dan anak-anak saudaranya. Kakak Jajie yang bertugas di UKM Bangi juga merupakan pemborong setia Myagrosoil di kawasan Bangi...
Ini hasil dari pertolongan mereka...

Sebelum berangkat untuk di jual (di sekitar Batang Kali, Ampang, Bangi, dan terbaru, Balakong)


Ini pump racun automatik yang baru dibeli oleh syarikat kami, RM 980...semuanya dengan sebahagian hasil tanaman buah cili kami.
Namun, pihak kami masih akan teruskan dengan fasa kedua ladang kami dalam masa terdekat iaitu dalam minggu ini. InsyaAllah, kapasiti ladang kami akan dikembangkan dari 2000 pokok ke 6000 pokok, dengan menggunakan hasil tanaman kami. InsyaAllah..
Sekian...





























Monday, August 17, 2009

Pengutipan Hasil Yang Semakin Rancak

Berikut adalah beberapa gambar sepanjang aktiviti penuaian buah cili yang dilakukan saban hari. Alhamdulillah, buah-buah cili yang dihasilkan kebanyakannya sihat-sihat belaka. Kami terharu apabila ladang kami mampu menghasilkan 60 kg cili setiap hari setakat ini. Subhanallah..

Jajie mengumpul buah cili tidak kira malam atau siang, hujan atau panas....


Anak buah Jajie yang baru kehilangan bapanya yang tersayang...al-Fatihah...terima kasih juga kerana turut membantu operasi pengutipan ini.

Pengasas MyAgroSoil, saudara Yo bertungkus lumus memetik cili. Sorry bro, penulis blog terpaksa MC 3 hari demi elakkan influenza like ilnesses dari berleluasa...

Kegiatan "mengutip" hasil yang lebih mirip kepada aktiviti "melombong"...hehehe..

Kerja2 pemunggahan cili..

Boy mengasingkan Cili mengikut order pemborong/pekedai...


Tokey cili dengan PDA nya mula berhubung dengan customer untuk confirmkan order..

Sekian...


Sunday, August 9, 2009

Update Pemungutan Hasil Cili

Setelah cili berbuah selama 2 minggu, kami dapat mengumpulkan lebih kurang 20 kg cili selang sehari. Jumlah berat ini telah naik dari mula2 kami pungut hasil 2 minggu yang lepas. Ini berketepatan dengan target penghasil cili di mana jumlah pungutan akan meningkat saban hari. Alhamdulillah. Kami berdoa agar pada tibanya bulan Ramadhan al-mubarak nanti, penghasilan cili akan sampai ke tahap yang memberangsangkan, selari dengan keberkatan bulan tersebut.
20 kg cili yang dipungut juga berjaya dijual ke penjual2 dengan harga yang amat memberangsangkan. Demand juga semakin banyak dan alhamdulillah, setakat ini semuanya berjaya dijual. Ini bermaksud, jika kami memulakan fasa ke-2, kami yakin, tiada masalah untuk memasarkan produk2 kami ke penjual2 cili ini. Tapi kami terpaksa hold dulu sehinggalah dapat cover operating cost bulanan ladang kami. Ini juga kami yakin akan dapat dicapai pada bulan pertama harvesting ini.
Amin...
Berikut adalah beberapa gambar pokok cili yang telah mula "panas kemerahan":

Ladang yang dahulunya hijau, sekarang mula "panas"...Pepatah melayu ada mengatakan, hujan emas di negeri orang, hujan panas di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri..
inilah maksud dia..heheheh


Jika berminat, bolehlah order terus dari kami...

Keadaan ladang sekarang...dengan rendangnya pokok2 kami, kejadian banjir di tanah jiran tidak lagi berlaku...

Sebahagian cili hijau yang dikutip untuk sample..

Sebahagian cili merah yang dikutip, juga untuk sample...

Average size, 20-23 cm..

Selingan..
Mungkin ramai yang tidak tahu, selain cili, MyAgroSoil ada juga menanam sayuran alternatif seberti bendi di bawah ini..tetapi tidak difertigasikan..hanya baja nya saja AB yang disiram...
menarik juga hasilnya...
Thank you for dropping by...till another time...